Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Program hayati gaya hidup Islamik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Majlis Penutup bagi Perkampungan Rohani Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Tahun 1444H / 2023M bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penutup tersebut ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad @ Mohamat.

    Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada 32 orang lelaki dan 39 orang perempuan telah menghadiri perkampungan rohani berkenaan yang diadakan selama dua hari yang telah berakhir baru-baru ini.

    Program tersebut merupakan acara tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan ianya dibukakan kepada para penuntut sekolah menengah dan maktab kerajaan senegara.
    Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah taklimat, bengkel serta kegiatan luar.

    Objektif program berkenaan adalah untuk mendidik para pelajar agar menghayati amalan kehidupan Islamik serta menanam semangat kebangsaan dan patriotisme yang lebih kental dalam diri mereka.

    Ia juga dihasrat dapat mendidik para pelajar untuk tampil ke hadapan bagi mengongsikan ilmu dan kemahiran.

    Awang Julaihi semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
    Gambar ramai peserta semasa majlis penutup tersebut. – Gambar serahan Jabatan Pendidikan Kokurikulum

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...