Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Program sua muka bincang isu semasa

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Orang ramai disarankan untuk sama-sama menjaga keselamatan pili-pili bomba serta memberikan kerjasama agar melaporkan kepada pihak yang berkenaan apabila melihat perbuatan merosakkan pili-pili bomba.

    Saranan itu dibuat oleh Pengiran Haji Mohd Saiful Hazman bin Pengiran Haji Duraman dari Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) semasa menyampaikan taklimat ringkas Program Sua Muka yang berlangsung di Perpustakaan Masjid Kampung Bunut, hari ini, di mana beliau juga berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil apabila berdepan dengan masalah gangguan air.

    Program Sua Muka bagi Kampung Bunut Perpindahan, Kampung Madewa dan Kampung Tasek Meradun/Kampung Bunut, Mukim Kilanas itu diadakan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

    Hadir pada program tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Bunut Perpindahan, Haji Durahim bin Hassan; Pemangku Ketua Kampung Madewa/Kampung Telanai, Haji Jumat bin Haji Salleh dan Pemangku Ketua Kampung Tasek Meradun/Kampung Bunut, Awang Ahmad Hussaini bin Haji Mohsin.

    Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya semasa program berkenaan mengongsikan mengenai penyebaran maklumat palsu di era digital yang tular dengan begitu cepat boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga keselamatan negara yang membawa kepada tindakan di bawah perundangan iaitu Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Perniagaan Runcit Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM), Haji Shahruddin bin Haji Abdul Wahid menyampaikan taklimat mengenai Kempen Isi Selamat Rasa Selamat: Pematuhan Garis Pandu dan Peraturan di Stesen Minyak.

    Beliau antara lain mengongsikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh Juara Servis, insiden-insiden yang pernah berlaku di stesen minyak dan garis panduan keselamatan sebelum, semasa dan selepas membuat pengisian minyak di stesen minyak Shell.

    Terdahulu dalam ucapan balas, Haji Durahim melahirkan penghargaan atas kesempatan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang hadir pada program tersebut.

    Antara yang mengambil bahagian dalam Program Sua Muka yang berlangsung di Perpustakaan Masjid Kampung Bunut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...