Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Program tingkat pengetahuan, kemahiran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Program Latihan Dalam Negara Secara Maya bertajuk ‘Mengukur Kecekapan dan Keberkesanan Latihan Menggunakan Teknik Pulangan Pelaburan’ yang berlangsung selama tiga hari telah berakhir dengan majlis penutup pada 9 Mac lalu.

    Program yang diterajui oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dan dianjurkan bersama Bahagian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan, Malaysia itu melibatkan seramai 27 orang peserta di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar; Timbalan Pengarah Pembangunan Latihan dan Sektor Hubungan Industri, Pendidikan Teknikal, Bahagian Latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hajah Norhayati binti Haji Abdul Wahab; Timbalan Pengarah Pentadbiran SEAMEO VOCTECH, Pengiran Haji Mohamad Sufri bin Pengiran Ali; dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Profesional dan Pakar Penyelidikan SEAMEO VOCTECH merangkap kursus fasilitator program latihan, Dr Paryono bersama pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH yang lain.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SEAMEO VOCTECH, program tersebut telah membuahkan hasil dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran latihan mereka sebagai jurulatih dan pengamal vokasional menggunakan teknik pulangan pelaburan (ROI) bagi menilai dengan lebih baik pengguna akhir dan pelanggan dalam organisasi atau institusi masing-masing.

    Teknik ROI ditekankan sebagai tahap penilaian dan pengukuran tertinggi dalam latihan yang mana ia membolehkan jurulatih untuk mengukur sejauh mana intervensi itu bermakna untuk peserta dan nilai prestasi organisasi.

    Semasa latihan, para peserta telah diperkenalkan dengan pengukuran latihan tahap 1 hingga 5 yang akan membolehkan mereka menyedari tentang impak potensi, mendorong mereka untuk lebih sedar dan berwaspada dengan keputusan dan tindakan mereka.

    Lima tahap pengukuran latihan itu akan melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan untuk tahap program latihan yang ada dan sesuai.

    Antara yang hadir semasa program latihan tersebut yang diadakan selama tiga hari secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...