Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Projek naik taraf Hospital Tawau siap hujung

    TAWAU,  20 APRIL – Projek naik taraf Hospital Tawau akan disiapkan menjelang hujung tahun ini dan setakat 31 Mac lepas, kemajuan kerja projek itu sudah mencapai 70 peratus siap, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

    Beliau berkata bagi memastikan baki kerja projek itu dapat disiapkan, kontraktor perlu mencapai sasaran kemajuan kerja ditetapkan iaitu siap sebanyak empat peratus pada setiap bulan. 

    “Sasaran tersebut adalah berdasarkan perbincangan bersama kontraktor dan juga langkah-langkah pemantauan yang diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kemajuan kerja mengikut jadual yang ditetapkan. 

    “JKR memantau rapi pelan mitigasi dan kemajuan kerja kontraktor, selain prestasi pihak kontraktor akan dinilai mengikut laporan kemajuan kerja mingguan yang perlu dihantar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek itu di sini hari ini. 

    Menurut Arthur, JKR juga tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan amaran kepada kontraktor sekiranya sasaran kerja berkenaan didapati tidak dicapai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...