Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PSG bangkit untuk tewaskan Saint-Etienne

    PARIS, 27 FEB – Kylian Mbappe menjaringkan dua gol melalui hantaran daripada Lionel Messi ketika Paris Saint-Germain (PSG) yang mengagumkan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Saint-Etienne 3-1 dan seterusnya melebarkan pendahuluan mereka di puncak Ligue 1 kelmarin.

    Denis Bouanga meletakkan pasukan pelawat yang bergelut di hadapan di Parc des Princes hanya untuk Mbappe menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat dan penyerang Perancis itu meledak sekali lagi selepas perlawanan disambung semula.

    Dia kemudian membantu Danilo Pereira untuk menanduk masuk gol ketiga tuan rumah ketika pasukan kendalian Mauricio Pochettino bangkit selepas tewas 3-1 di Nantes hujung minggu lalu dan mendahului 16 mata daripada Nice dan Marseille ketika mereka memburu kejuaraan Perancis.

    PSG ketinggalan tiga gol pada separuh masa menentang Nantes dan mereka dihukum kerana permulaan yang perlahan di sini, pemain antarabangsa, Gabon Bouanga menghukum kesilapan Pereira untuk menewaskan Gianluigi Donnarumma.

    Namun pasukan tuan rumah akhirnya bangkit dan Mbappe meneruskan prestasi cemerlangnya baru-baru ini, dengan dua golnya membawanya kepada 24 gol dalam semua pertandingan musim ini.

    Mbappe kini telah menjaringkan 156 gol dalam jersi PSG, menyamai jumlah Zlatan Ibrahimovic dari tempoh empat tahun di Paris antara 2012 dan 2016.

    Hanya Edinson Cavani, dengan 200, telah menjaringkan lebih banyak gol untuk kelab tersebut. – AFP

    Aksi Kylian Mbappe membawa bola dalam perlawanan antara PSG dan Saint-Etienne kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...