Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PSG tangguh kem latihan di Qatar kerana COVID-19

    PARIS, 12 JAN – Kem latihan Paris Saint-Germain selama tiga hari di Qatar dan Arab Saudi telah dibatalkan kerana situasi COVID-19 di Perancis, menurut pengumuman kelab tersebut hari ini.

    “Memandangkan situasi kesihatan di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah memutuskan untuk menjaga kesihatan kakitangan dan pemainnya dengan cara menangguhkan jelajah musim sejuk 2022 di Qatar dan perlawanan persahabatan di Riyadh,” kata PSG.

    Jejalah berkenaan dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 19 Januari, dalam kemuncak pada perlawanan menentang pasukan tempatan di ibu negara Saudi.

    PSG mencatatkan penularan teruk COVID-19, dengan pemain bintang Argentina, Lionel Messi, penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, pemain pertahanan, Juan Bernat dan pemain tengah, Danilo Pereira, selain Julian Draxler dan Angel Di Maria kesemuanya telah diuji positif dijangkiti koronavirus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...