Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pusat Ehsan, Imagine terima anugerah AOSWADA 2021

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Penyampaian trofi-trofi dan sijil-sijil secara fizikal kepada dua penerima iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan Imagine Sdn Bhd bagi ASEAN Outstanding Social Welfare and Development Awards (AOSWADA) telah berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), baru-baru ini.

    Hadir menyampaikan anugerah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan dan Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari dan Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Hajah Fauziah binti Haji Abdul Hamid serta pegawai-pegawai kanan kementerian tersebut. Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan peranan, pencapaian dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta dari negara ahli ASEAN dalam bidang kebajikan dan pembangunan sosial.

    Anugerah AOSWADA diperkenalkan semasa Mesyuarat 17th Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) pada 16 Disember 2021.

    Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato kepada dua penerima iaitu Pusat Ehsan Al-Hajjah Maryam untuk Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diterima oleh Pemegang Aman Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abd Momin dan Imagine Sdn Bhd untuk Kategori Sektor diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan penerima-penerima anugerah semasa sesi bergambar ramai pada majlis penyampaian Anugerah AOSWADA 2021 baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...