ASHGABAT, TURKMENISTAN, 13 MAC – Stesen pengundian ditutup di Turkmenistan dalam pilihan raya sengit yang pasti mewujudkan warisan bapa-anak pertama di negara Asia tengah itu.
Sembilan calon bertanding di negara yang mempunyai enam juta penduduk itu tetapi ramai yakin anak lelaki pemimpin Gurbanguly Berdymukhamedov yang berusia 40 tahun, Serdar, akan mengambil alih jawatan tertinggi negara itu,Gurbanguly, yang juga pengerusi kabinet dan ketua senat, telah menjadi pemimpin tertinggi rejim dalam tempoh 15 tahun lalu.
Bulan lepas, Gurbanguly berkata dia akan meletak jawatan dan membenarkan ‘pemimpin muda’ mentadbir sekali gus membawa kepada pilihan raya kilat.
Pengumuman televisyen berkata semalam pilihan raya menunjukkan ‘proses demokrasi masyarakat Turkmenistan moden’.
Pihak berkuasa pengundian mendakwa kehadiran pengundi mencecah 97 peratus selepas pengundian ditutup pada 7 malam waktu tempatan.
Keputusan awal dijangka diumumkan pada sidang media hari ini, beritahu sumber kerajaan kepada AFP.
Majlis pertabalan telah dijadual diadakan pada Sabtu depan, menurut media negeri. – AFP