Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ratusan artifak China dipamer di Hong Kong

    HONG KONG, 3 JULAI – Muzium Istana terkenal China mula mempamerkan artifak-artifaknya di Hong Kong hari ini di tengah-tengah satu kempen untuk membina kesetiaan kepada Beijing.

    Muzium tujuh tingkat yang terletak di daerah pelabuhan yang baru dibangunkan itu telah dipenuhi dengan pameran kerja-kerja kaligrafi dan lukisan pada sutera yang bertarikh 1,000 tahun lalu.

    Seni halus itu akan dipulangkan ke Beijing selepas 30 hari namun para pemimpin Parti Komunis China mahu impak kebudayaan dan politik pameran itu dapat dipamerkan lebih lama. – AP

    Para pengunjung ketika berada di Muzium Istana Hong Kong yang mempamerkan lebih 900 artifak China yang dipinjamkan dari Muzium Istana di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...