Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ratusan protes perintah berkurung COVID

    BEIJING, 15 NOV – Pembantah di selatan China hari ini bertempur dengan polis dalam satu kejadian yang jarang berlaku di khalayak ramai, membantah langkah-langkah anti-COVID, ditunjukkan dalam video-video online, selepas perintah berkurung di kawasan terbabit dilanjutkan.

    Video-video beredar dalam media sosial sejak malam Isnin dan disahkan oleh AFP, menunjukkan beratus-ratus orang berarak di jalanan di kawasan metropolis industri Guangzhou, sebahagiannya merosakkan kepungan yang dihasratkan menghalang penduduk meninggalkan kediaman mereka.

    Sejumlah lagi bergelut dengan pegawai dalam sut hazmat. “Tak mahu lagi ujian!” laung pembantah, sebahagiannya membaling sampah ke arah polis. Dalam satu lagi video, seorang lelaki kelihatan cuba berenang menyeberangi laluan perairan yang memisahkan daerah terjejas Haizhu dari kawasan kejiranan, dengan orang yang lalu lalang mengatakan lelaki itu cuba melarikan diri daripada perintah berkurung.

    Daerah lebih 1.8 juta penduduk itu telah menjadi punca penularan sebahagian besar kes COVID di Guangzhou. Pegawai mengumumkan perintah berkurung kilat pertama di sana lewat Oktober, menyasarkan berpuluh-puluh kawasan kediaman berhampiran. Dan pada Isnin, perintah berkurung meliputi hampir dua pertiga dari daerah itu dilanjutkan sehingga Rabu, menjadi punca bantahan orang awam. – AFP

    Seorang lelaki menjalani ujian calitan bagi saringan COVID di Beijing, 15 November, ketika beberapa pembantah bertempur dengan polis di Guangzhou. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...