Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    RB dinobat Asia’s Leading Cabin Crew 2022

    Gambar serahan RB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Penerbangan Diraja Brunei (RB) muncul sebagai pemenang anugerah Asia’s Leading Cabin Crew 2022 pada Majlis Gala Anugerah Perjalanan Dunia (WTA) – Asia dan Oceania yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada RB, pengumuman tersebut menandakan kemenangan ketiga berturut-turut RB untuk Asia’s Leading Cabin Crew sejak 2020.

    Menerima anugerah bagi pihak pasukan kru kabin RB ialah Leading Steward, Awang Aidil Hajri Shaheed dan Premium Cabin Crew, Dayangku Siti Nurnaqiah binti Pengiran Zainal Abidin.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Abdul Hamid berkata, “Kemenangan ini menandakan peristiwa bersejarah bagi RB, memenangi Asia’s Leading Cabin Crew untuk tiga tahun berturut-turut membuktikan dedikasi kru kabin kami terhadap perkhidmatan berkualiti.

    “Kami amat bersyukur hospitaliti kebruneian yang terpahat dalam DNA perkhidmatan kami telah menerima sambutan baik oleh pelanggan kami dari seluruh dunia.

    “Bagi pihak RB, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan, rakan
    dan peminat kami atas sokongan berterusan.

    “Kepada semua di RB, dan terutamanya kru kabin kami, saya berasa amat bangga dengan awda semua atas pencapaian cemerlang ini, awda telah menaikkan penanda aras ke tahap lebih tinggi.”

    Pengasas WTA, Graham E. Cooke berkata, “Tahun demi tahun RB berdepan cabaran yang membelenggu industri dengan penuh dedikasi dan keprofesionalan, WTA berasa bangga mengiktiraf satu lagi pencapaian yang mengagumkan! Tahniah kepada awda semua dan selamat maju jaya pada masa depan.”

    Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) muncul sebagai pemenang anugerah Asia’s Leading Cabin Crew 2022 pada Majlis Gala Anugerah Perjalanan Dunia – Asia dan Oceania yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, malam tadi.
    Graham E. Cooke bergambar bersama trofi yang dimenangi oleh kru kabin RB pada majlis tersebut.
    Antara yang hadir pada majlis yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...