Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RCB anjur mesyuarat terakhir

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 JUN – Kelab Rotary Belait (RCB) mengadakan mesyuarat terakhir Tahun Rotary (2021-2022) di Restoran Buccaneer, baru-baru ini.

    Hadir menyaksikan mesyuarat terakhir tersebut ialah Penolong Gabenor Clement Yong, yang membincangkan pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab sepanjang tahun bersama jawatankuasa dan ahli-ahli Rotary.

    Selepas mesyuarat, Presiden RCB Henrietta Hiew juga mengadakan majlis makan malam sebagai tanda penghargaan kepada jawatankuasa, ahli-ahli Rotary, kawan Rotary serta wakil media.

    Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama, sokongan dan bantuan yang telah diterima kelab sepanjang tahun dan beliau berharap kolaborasi erat tersebut akan diteruskan untuk membolehkan kelab memenuhi wawasan dan misi mereka dalam membantu komuniti yang memerlukan.

    Selain itu, Henrietta berkata majlis makan malam juga memberikan peluang kepada hadirin untuk berkomunikasi dan mempromosi persahabatan.

    Menurutnya, khidmat awam merupakan salah satu objektif utama yang dilaksanakan RCB dan meskipun dilanda pandemik, kelab tersebut telah meneruskan usaha untuk menyokong perkhidmatan sosial.

    Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menaruh harapan mereka akan terus memberikan sokongan supaya ahli-ahli Rotary akan melebarkan sayap mereka di seluruh komuniti.

    Clement Yong bergambar ramai semasa mesyuarat terakhir yang dianjurkan untuk Kelab Rotary pada tahun ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...