Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Mathias, Alexandra berjaya benam beregu Jepun

    KUALA LUMPUR, 29 JUN – Kegagalan adalah permulaan kepada sebuah kejayaan. Itu adalah ungkapan sesuai buat beregu campuran utama Denmark Mathias Christianses dan Alexandra Boje.

    Selepas tewas kepada pasangan ketiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dalam enam perlawanan sebelumnya, pasangan di ranking ke-15 itu akhirnya berjaya menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu, hari ini.

    Pada perlawanan pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022, Mathias dan gandingannya, Alexandra dipaksa bekerja keras selama lebih satu jam sebelum menyingkirkan Watanabe dan Higashino dengan keputusan 15-21, 21-17, 22-20 di arena Axiata.

    Pasangan Denmark itu dija-dualkan berdepan gandingan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han pada pusingan kedua esok.

    Ketika ditemui Bernama, Mathias berkata mereka yakin mampu melakukan kejutan apabila bermain dengan baik pada set kedua dan mereka melakukan yang sepatutnya untuk memastikan naib juara Kejohanan Dunia menamatkan kempen lebih awal.

    Sementara itu, Alexandra menyifatkan kejayaan tersebut adalah kemenangan terbesar yang meningkatkan kembali keyakinan mereka pada kejohanan kali ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...