Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rappler tetap beroperasi meskipun arahan tutup

    MANILA, 29 JUN – Rappler, syarikat berita milik wartawan Filipina, Maria Ressa, terus beroperasi seperti biasa, penerima anugerah Nobel itu berkata pada Rabu setelah syarikat itu diarahkan tutup oleh pihak berkuasa menjelang hari terakhir Presiden Rodrigo Duterte dalam pejabat.

    Ressa telah menjadi pengkritik lantang terhadap Duterte dan perang dadah membawa maut yang dilancarkan pada 2016, mencetuskan apa yang penyokong media katakan siri pendakwaan jenayah, siasatan dan serangan dalam talian yang berterusan terhadapnya dan Rappler.

    Serangan terbaharu itu disampaikan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina.

    Dalam satu kenyataan pada Rabu, ia mengesahkan “pembatalan sijil-sijil perbadanan” Rappler kerana mencabuli “sekatan-sekatan perlembagaan dan berkanun ke atas pemilikan asing dalam media massa”.

    Rappler berkata keputusan itu “secara efektif mengesahkan penutupan” syarikat itu dan bersumpah untuk merayu, menggambarkan prosiding itu sebagai “sangat menyimpang daripada kebiasaan”.

    Namun Ressa ingkar, bersumpah bahawa laman sesawang berita itu akan terus beroperasi kerana mereka mematuhi proses undang-undang.

    “Kami terus bekerja, ia berjalan seperti biasa,” Ressa memberitahu pemberita, menambah “kami hanya berharap yang terbaik” di bawah pengganti Duterte, Ferdinand Marcos Jr. – AFP

    Seorang wartawan Rappler berjalan di dalam pejabat mereka di bandar Pasig, Filipina pada 29 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...