Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Remaja maut dirempuh kereta

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Seorang remaja lelaki tempatan berumur 15 tahun maut apabila dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di kawasan Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), laporan mengenai kejadian berkenaan yang berlaku sekitar pukul 5:39 petang telah diterima Balai Polis Berakas.

    Siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis mendapati bahawa mangsa dipercayai sedang berbasikal berseorangan dan keluar dari persimpangan jalan secara mengejut mengakibatkan mangsa dirempuh oleh sebuah kereta yang sedang datang menghala ke jalan utama.

    Mangsa didapati terlantar di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pihak ambulan segera dihubungi dengan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh ahli paramedik bertugas.

    Siasatan juga mendapati mangsa telah menggunakan basikal tanpa dilengkapi pedal brek di bahagian hadapan dan belakang.

    Manakala itu, pemandu kenderaan yang merupakan seorang lelaki berumur 18 tahun didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Walau bagaimanapun, insiden kemalangan yang meragut jiwa itu masih dalam siasatan pihak polis.

    Dalam kenyataan itu, PPDB menasihati para pengguna jalan raya untuk sentiasa peka dan fokus kepada keadaan sekeliling ketika sedang menunggang mahu pun menggunakan sebarang kenderaan di atas jalan raya.

    Selain itu, sentiasa menggunakan peralatan keselamatan yang ditetapkan tanpa sebarang kompromi bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

    Basikal mangsa remuk selepas dirempuh pemandu berusia 18 tahun.
    Cermin kereta retak selepas melanggar mangsa yang menunggang basikal.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...