Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Remaja, rakan subahat diberkas rompak guna pemetik api berbentuk senjata

    SINGAPURA, 17 OKT – Remaja dan seorang lelaki rakan subahatnya, hari ini didakwa di mahkamah selepas merompak sebuah kedai gunting di Pusat Membeli-belah Katong, Singapura, dengan hanya menggunakan pemetik api yang berbentuk senjata baru-baru ini.

    Kedua-duanya mengugut mangsa menggunakan ‘senapang’ itu dan merompak wang berjumlah S$900.

    Mereka bagaimanapun diberkas dalam masa 24 jam kejadian itu dan didakwa di mahkamah hari ini. Lelaki yang terlibat dalam jenayah itu ialah Ho Heen Seng, 36, warga Malaysia.

    Manakala remaja lelaki berusia 14 tahun tidak dinamakan kerana golongan bawah umur dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda. Polis mengatakan mereka dimaklumkan mengenai rompakan di Jalan Mountbatten 865, beralamat di Pusat Membeli-belah Katong jam 10 malam pada 14 Oktober lalu.

    Selepas mengugut mangsa berusia 71 tahun dengan ‘senapang’ itu, lelaki dan remaja itu didakwa mengikatnya dan mencuri wang tunai.

    Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan dan kedua-duanya melarikan diri bersama wang rompakan selepas mangsa menjerit meminta pertolongan. Kedua-duanya panik, lalu melarikan diri namun tertinggal pemetik api tersebut. – ANN/The Straits Times

    Pemetik api berbentuk senjata yang digunakan dalam rompakan tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...