Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Resepsi rai ulang tahun Maharaja Jepun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam sama-sama meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Maharaja Jepun ke-62 dengan mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, malam ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Duta Jepun ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru dalam ucapan alu-aluannya mengambil kese-mpatan sempena majlis tersebut untuk menyentuh mengenai hubungan dua hala yang amat baik antara Jepun dan Brunei sejak tahun 1984.

    Tuan Yang Terutama turut mengulas mengenai kerjasama Jepun-Brunei yang dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi pada tahun lepas melalui kerjasama dalam pengawalan pandemik COVID, kerjasama Jepun-ASEAN di bawah kepengerusian Brunei serta memperkukuh kerjasama dalam sektor pertahanan.

    Melihat ke hadapan, Tuan Yang Terutama menjangkakan lebih banyak peluang untuk bekerjasama demi mengembang kemakmuran dan kestabilan rantau serta komuniti antarabangsa, selain memperdalam lagi kerjasama hubungan dua hala melalui sumbangan kepada usaha Negara Brunei Darussalam dalam mempelbagaikan ekonomi bersama Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam.

    Semasa majlis tersebut, beberapa pameran juga dianjurkan oleh syarikat Jepun yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam yang memperlihatkan pencapaian serta aktiviti terkini mereka.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua yang disempurnakan oleh TYT Maeda Toru.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan TYT Maeda Toru semasa menghadiri majlis resepsi yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.
    Antara para jemputan yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...