Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Ribut tropika Ma-on landa Filipina

    MANILA, 23 OGOS – Sekolah-sekolah diarahkan tutup di seluruh utara Filipina hari ini, sehari selepas kebanyakannya menyambung semula persekolahan bersemuka buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda, ketika hutan lebat dan angin kuat menghempas pulau utama kepulauan berkenaan.

    Ribut tropika Ma-on melanda pantai timur laut Luzon sekitar pagi, membawa angin selaju 185 kilometer sejam, perkhidmatan cuaca kerajaan itu menyatakan.

    Dua orang cedera akibat pokok tumbang di wilayah pergunungan Cagayan di mana hujan lebat menyebabkan sungai utama dan cawang-cawangnya melimpah semalaman, pegawai bencana wilayah Ruelie Rasping memberitahu.

    “Kami sedang dilanda angin kuat dan hujan lebat. Paras sungai Cagayan meningkat,” Rasping memberitahu AFP.

    Wilayah ibu kota Tuguegarao dilanda hujan ‘mencurah-curah’ sebanyak 98 mililmeter dalam tempoh tiga jam selepas ribut mendarat, seorang pegawai di biro cuaca kerajaan memberitahu AFP.

    Ma-on dijangka bergerak ke arah barat laut negara itu dan menuju Laut China Selatan lewat hari ini atau awal esok. – AFP

    Seorang penduduk mengeluarkan peralatan menangkap ikan dari sungai Pinacanuan yang melimpah disebabkan hujan lebat yang dibawa oleh rebut tropika Ma-on di Bandar Ilagan, wilayah Isabela, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...