Thursday, May 9, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Riena mengamuk kekasih disondol wanita lain

    Pelakon Riena Diana mendedahkan pernah melalui pengalaman pahit dalam percintaan apabila bekas teman lelakinya dirampas wanita lain.

    Berkongsi lanjut insiden itu, Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal berkata meskipun pada awalnya begitu marah, namun reda selepas melihat kebahagiaan dikecapi bekas kekasihnya itu.

    “Kejadian kekasih disondol ini sudah lama berlaku iaitu zaman selepas saya sekolah lagi. Tiga tahun bercinta tiba-tiba dirampas wanita lain.

    “Selepas kejadian itu, saya sangat marah hingga mengamuk kerana terlalu kecewa. Malah, saya juga rasa amat sedih.

    “Tak sangka saya hanya jaga jodoh orang selama ini.

    Pintu hati Riena tidak pernah tertutup menerima kehadiran lelaki selepas percintaannya kecundang di pertengahan jalan. – mStar

    “Bagaimanapun, fikiran semakin matang dan saya akhirnya reda dan dapat terima hakikat yang antara kami tiada jodoh selepas beberapa tahun.

    “Kalau tidak ditakdirkan untuk kita, maksudnya tidak. Walaupun selama mana cuba bercinta dengannya,” katanya kepada BH Online.

    Mengakui masih single selepas percintaan kecundang di pertengahan jalan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama rantaian Kampung People itu berkata pintu hatinya tidak pernah tertutup menerima kehadiran lelaki.

    Malah, katanya, jika dia ditakdirkan hidup bermadu, dirinya terima ketentuan dengan hati terbuka.

    “Status saya sekarang single dan masih lagi mencari. Pada usia sekarang, saya memang ke arah itu (perkahwinan).

    “Kalau boleh, saya mahu jadi satu-satunya wanita dalam hidupnya sampai ke syurga.

    Namun jika ditakdirkan jalan hidup saya terpaksa bermadu, saya terima dengan hati terbuka.

    “Saya mendambakan lelaki yang bertanggungjawab dan ada rasa hormat. Harap dapat doakan yang terbaik buat saya,” ungkapnya ditemui pada majlis sidang media sempena pelancaran drama TV3 bertemakan Rara Macam Dulu-Dulu bagi sambutan Ramadan dan Syawal 2024 di Dewan Glamhall, Damansara Perdana, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...