Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Piala FA: United singkirkan Liverpool

    MANCHESTER, 18 MAC – Manchester United berjaya menewaskan Liverpool sekali gus meleburkan impian Liverpool untuk memenangi quadruple dalam musim terakhir Klopp selepas Amad Diallo melengkapkan kemenangan yang penuh mengujakan perlawanan suku akhir Piala FA selepas masa tambahan dengan keputusan 4-3.

    Pemain sayap Ivory Coast itu dilayangkan kad merah kedua kerana membuka bajunya ketika meraikan kemenangan pada akhir 120 minit yang penuh huru-hara dan memberikan harapan kepada United untuk memenangi piala pada musim ini.

    Anak buah Erik ten Hag bangkit dua kali pada minit-minit akhir perlawanan untuk mara ke pusingan separuh akhir.

    Dua gol dalam tempoh tiga minit daripada Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah pada penghujung separuh masa pertama telah meletakkan Liverpool di hadapan selepas Scott McTominay membuka tirai jaringan.

    Gol pertama Antony di Old Trafford selama lebih setahun memastikan United terus bersaing untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

    Liverpool kembali mendahului apabila percubaan Harvey Elliott yang terlantun berjaya menembusi gawang.

    Tetapi Marcus Rashford, yang terlepas peluang keemasan pada masa tambahan, berjaya menyamakan kedudukan untuk menjadikan keputusan 3-3.

    Kemudian Diallo menjaringkan gol kedua peribadinya untuk United pada waktu tambahan melalui serangan balas dari sepakan penjuru Liverpool, yang diterajui oleh Alejandro Garnacho yang mengagumkan. – AFP

    Aksi Amad Diallo menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan semasa perlawanan bola sepak Suku Akhir Piala FA Inggeris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...