Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam

    JELI, 6 JAN – Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. 

    Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim dan individu lain yang terlibat.

    “Tindakan itu jelas membawa unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam iaitu unsur khurafat dan tahyul yang dilakukan dalam upacara itu.

    “Kita serahkan kepada pihak berkuasa agama negeri (JAIPk) mengenakan tindakan lebih tegas (kepada individu terlibat),” katanya pada sidang media selepas Program Musaadah Banjir di Pasti Nur Fatihah Kuala Balah di sini hari ini.

    Semalam JAIPk dilaporkan akan memanggil Ibrahim berhubung satu ritual kononnya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...