Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Rizky Billar buat aduan, ada warganet ugut hantar santau?

    Bukan sahaja wajah anaknya diejek seperti monyet, pelakon Indonesia Rizky Billar mendedahkan pernah membuat laporan polis terhadap warganet yang menulis komen keterlaluan.

    Menurut Rizky, komen melampau tersebut dilakukan sebuah akaun palsu yang mahu menghantar sihir kepada Lesti dengan anaknya Muhd Leslar Al-Fatih Billar yang ketika itu masih dalam kandungan.

    Menganggap ia sebagai satu ugutan, Rizky segera membuat laporan polis.

    “Sebenarnya ketika Lesti hamil lagi ada sahaja yang buat komen buruk. Kami sempat buat laporan terhadap seorang individu kerana komen yang berbaur ugutan.

    “Dia membuat satu catatan menakutkan dengan memberitahu mahu menghantar santau kepada anak kami. Individu tersebut sudah berjaya ditangkap dan diperiksa polis. Namun ternyata telefon dia hilang dan ada pihak tidak bertanggungjawab mencuri telefonnya.

    “Menurut individu itu, ia bukan kali pertama sejak telefonnya hilang, pencuri itu menggunakan namanya untuk menghina orang di laman sosial,” ujarnya.

    Pasangan ini berkahwin pada awal tahun 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhd Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia 4 bulan. – Agensi

    Rizky mengongsikan bahawa dia membuat aduan kepada pihak polis disebabkan menerima ugutan daripada seorang individu yang berbaur ugutan kepada anak dan isterinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...