Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RM5j baik pulih segera ‘jalan di bulan’ 

    SANDAKAN, 13 JULAI – Sejumlah RM5 juta telah diluluskan Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kerja pembaikan segera di lima lokasi di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dalam Daerah Telupid, kata Timbalan Menterinya Datuk Arthur Kurup.

    Beliau berkata pembaikan jalan rosak itu melibatkan Seksyen 173-174, 174-175, 175-170, 176-177 dan 143-144 Jalan Persekutuan tersebut, meliputi kerja-kerja penurapan yang dijangka siap menjelang akhir bulan depan.

    Katanya kerja-kerja pembaikan itu hanya penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi kesulitan pengguna jalan berkenaan yang menimbulkan rungutan ramai sehingga mendapat jolokan ‘jalan di bulan’ kerana keadaan permukaan jalan yang berlubang-lubang.

    “Selain itu pakej kerja 28, 29 dan 30 di bawah Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di laluan Batu 32, Sandakan hingga Sungai Baoto turut melibatkan penyelesaian jangka masa pendek dengan kerja pembaikan jalan segera menggunakan peruntukan dianggarkan RM5.5 juta.

    Kerja pembaikan telah bermula pada awal bulan ini dan lokasi yang kritikal akan dibaiki terlebih dahulu dan djangka siap dalam tempoh dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid-Sandakan dekat sini hari ini. – Bernama

    Datuk Arthur Joseph Kurup (kiri) meninjau keadaan jalan raya yang sedang dibaikpulih ketika mengadakan lawatan di Jalan Beluran-Telupid kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...