Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rombakan kabinet hanya spekulasi – Ismail Sabri

    ALOR GAJAH, 4 JAN – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19.

    Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang belum selesai.

    “Nama-nama tu macam-macam nama yang keluarlah… macam biasalah, dulu pun macam tu juga. Saya dah beritahu tadi, fokus saya sekarang adalah untuk banjir, jadi saya tak nak bercakap pun soal ada ke tak ada (rombakan kabinet), setakat ini selagi saya tak umumkan, tak adalah (rombakan kabinet),” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 55 ke-tua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)
    Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di sini, berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Tandong, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...