Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Royal Bees lakar pengalaman baharu dalam DNSL

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Ketua jurulatih bola jaring Brunei Darussalam, Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek menekankan bahawa penyertaan mereka dalam Deloitte Netball Super League 2023 (DNSL) di Singapura memberi pendedahan kepada pasukannya untuk bermain dalam pertandingan yang sengit terutamanya di arena antarabangsa.

    Beliau memberitahu ActiveSG Circle, satu platform dalam talian berpusat di Singapura, “Kami mempunyai permulaan yang sukar dalam pertandingan.”

    Beliau menambah, “Walaupun belum memenangi sebarang pertandingan pada ketika ini, para pemain tahu bahawa perlawanan akan menjadi sukar kerana kami bermain dengan kelab-kelab teratas dalam liga ini.”

    Brunei masih belum mencatatkan kemenangan tetapi pengalaman bermain pasti membantu meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain.

    “Namun, pasukan Brunei telah menunjukkan peningkatan, bekerja dan belajar dengan baik dan membina hubungan erat antara satu sama lain sepanjang pertandingan,” kata Nur Hafizah.

    Pasukan Royal Bees menurunkan Dayangku Daniella Hancox sebagai ahli termuda dalam pasukan itu pada usia 18 tahun yang sebelum ini belum pernah bermain di arena antarabangsa.

    Pasukan itu juga memberikan peluang kepada dua pemain untuk membuat penampilan di peringkat antarabangsa iaitu Hazwani Husna binti Hamzah, 20 tahun dan Nur Alya’ Natashya binti Haji Suhaimi, 23 tahun.

    “Ini adalah pendedahan yang sangat baik bagi semua pemain, terutamanya pemain bawah 21 tahun dan beberapa pemain yang membuat penampilan pertama mereka di arena antarabangsa,” kata Nur Hafizah.

    Brunei belum berputus asa dalam usaha mereka untuk meraih kemenangan dan bersedia untuk bertanding dalam perlawanan akhir mereka menentang Thailand dalam perlawanan tempat ketujuh dan kelapan.

    Ahli pasukan bola jaring negara semasa bergambar ramai. – Gambar serahan ActiveSG Circle
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...