Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    BIBD lancar kempen perkhidmatan tanpa tunai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sekali lagi mengambil bahagian di Festival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Brunei yang berlangsung di Dewan Bridex 1 & 2, Jerudong, bermula hari ini sehingga 19 Mac.

    Sebagai salah satu penaja utama bagi acara tersebut, ia merupakan komitmen berterusan BIBD untuk menyokong matlamat negara menggalakkan pertumbuhan PMKS di Negara Brunei Darussalam.

    Semasa festival itu, BIBD juga akan melancarkan siri kempen ‘Top Up Tah Lagi’, iaitu promosi tiga bulan yang bertujuan mempromosi dan menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan tanpa tunai dan kaedah pembayaran digital dengan lebih kerap.

    Kempen berkenaan memberikan ganjaran kepada pelanggan BIBD yang menambah nilai DES mereka, DST atau kredit Progresif apabila menggunakan platform digital mudah BIBD seperti BIBD Online, BIBD NEXGEN Wallet dan ProgresifPAY.

    Kempen yang bermula hari ini hingga pertengahan bulan Jun ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk perjalanan pergi dan balik ke Jepun dan Vietnam serta bermalam di The Empire Brunei, Hotel Antarabangsa Rizqun dan Hotel The Lanes.

    Dalam pada itu, aplikasi mudah alih pembayaran tanpa tunai, Pocket, juga akan menunjukkan penggunaan kiosk layan diri BIBD di petak bank tersebut.

    Ketua Kumpulan Perbankan Korporat BIBD, Koh Swam Sing, menyatakan sokongan kepada perniagaan kecil adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dan sebagai rakan kongsi dalam kemajuan negara, BIBD amat menyedari kepentingan peranannya dalam membantu perniagaan seperti ini berjaya.

    Turut mengambil bahagian pada festival itu ialah usahawan daripada Projek Tunas termasuk vendor daripada Program BIBD SEED; Usahawan Bakarih Yayasan; Muallafprenuers Consortium dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI); dan program Satu Kampung Satu Produk (1K1P).

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa melawat petak pameran BIBD. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...