Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RPN Mentiri dan Tanah Jambu undi ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Penduduk di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri dan RPN Tanah Jambu telah memilih ketua kampung masing-masing pada Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung menggunakan kaedah kertas undi ataupun dalam talian.

    Pada Majlis Pengundian Ketua Kampung Kawasan 2, RPN Mentiri yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mentiri, dua orang telah dicalonkan iaitu Awang Mohammad Rakif bin Haji Alias, 33, dan Haji Moksin bin Haji Mokti berusia 56 tahun.

    Awang Mohammad Rakif yang merupakan lepasan graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam bidang Usuluddin telah mendapat 111 undian, manakala itu, Haji Moksin yang merupakan Bilal Tingkat II di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mendapat 147 undian.

    Hadir menyaksikan majlis undian di RPN Mentiri itu ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim yang dalam ucapannya antara lainnya menekankan mengenai tanggungjawab besar ketua kampung dalam memikul amanah bukan saja amanah kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malah penduduk kampung.

    Sementara itu, hadir pada majlis pengundian bagi RPN Tanah Jambu di Pusat Pembangunan Belia ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Kamal Ariffin bin Pengiran Haji Mohd Yassin.

    Pada majlis itu, dua orang telah dicalonkan iaitu Pengiran Mazrawi bin Pengiran Haji Mahmud, 54, yang mendapat 250 undi, manakala Haji Norahidan bin Haji Ahmad, 50, yang pada masa ini masih lagi berkhidmat di Pusat Dakwah Islamiah, KHEU mendapat 148 undi.

    Penduduk kampung memasukan kertas undi ke kotak yang disediakan.
    Penduduk kampung membuat pendaftaran untuk mengundi calon ketua kampung.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...