Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rumah eksekutif Sukan Olimpik Tokyo diserbu

    TOKYO, 26 JULAI – Polis Jepun kelmarin menyerbu rumah ahli lembaga Olimpik Tokyo 2020 yang didakwa menerima wang daripada penaja yang menandatangani kontrak perundingan dengannya, lapor media tempatan.

    Haruyuki Takahashi, 78, disyaki menerima ratusan ribu dolar daripada peruncit sut perniagaan jalanan, Aoki Holdings Incorporation, sebuah ‘rakan kongsi rasmi’ acara mega yang ditangguhkan akibat daripada pandemik pada tahun lalu.

    Agensi berita Kyodo melaporkan hal tersebut boleh menjadi rasuah, kerana Takahashi dianggap sebagai penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima wang atau hadiah yang berkaitan dengan jawatannya.

    Dalam pada itu, pejabat pendakwa raya Tokyo memberitahu AFP bahawa ia tidak dapat mengulas bagi sebarang kes individu.

    Manakala menurut satu laporan media tempatan lagi, sebuah firma perunding sukan yang dikendalikan oleh Takahashi disyaki menerima wang daripada Aoki untuk kontrak yang ditandatangani pada 2017.

    Terdahulu, Aoki pada Oktober 2018 telah menjadi penaja Sukan Tokyo dan membenarkannya menggunakan logo acara serta menjual produk dengan lesen rasmi.

    Takahashi turut memberitahu akhbar Yomiuri Shimbun pada minggu lalu bahawa wang yang diterima syarikatnya adalah hanya untuk tujuan kerja perundingan sahaja.

    “Tiada sebarang konflik kepentingan dengan kedudukan saya sebagai seorang ahli lembaga jawatankuasa penganjur dalam hal ini,” katanya dipetik sebagai berkata. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 30 Mac 2020 menunjukkan Haruyuki Takahashi, tiba untuk menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Tokyo 2020 mengenai wabak COVID di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...