Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Rusia bangunkan potensi eksport pertanian

    MOSCOW, 9 OKT – Presiden Rusia Vladimir Putin berkata potensi eksport Rusia semakin kukuh dan negara itu sudah bersedia untuk membantu negara-negara membangun, lapor Sputnik.

    “Kami memenuhi permintaan domestik untuk produk asas dan penting selain menyediakan jaminan makanan yang boleh dipercayai. 

    “Selain itu kami sedang membina potensi eksport dan saya ingin tekankan perkara ini, kami bersedia untuk memberikan sumbangan untuk mengatasi krisis makanan global dan menyediakan bantuan diperlukan kepada negara-negara membangun paling miskin,” kata Putin dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat sempena Hari Pekerja Industri Pertanian dan Pemprosesan. 

    Presiden Rusia itu mengakui bahawa sekatan Barat menimbulkan cabaran baharu tetapi negara akan tetap menyalurkan bantuan terhadap sektor berkaitan pertanian.

    “Pertanian merupakan sektor utama ekonomi Rusia yang telah menunjukkan hasil meyakinkan dan kukuh dari tahun ke tahun. 

    “Oleh itu, tahun ini kami menjangkakan penuaian bijirin mencecah rekod kira-kira 150 juta tan termasuk kira-kira 100 juta tan gandum manakala pengeluaran hasil ternakan juga meningkat,” katanya.

    Putin turut menggesa untuk menaik taraf sektor teknologi untuk pertanian Rusia.

    “Kita mesti meningkatkan potensi dalam pemilihan, genetik dan pembiakan benih, menggalakkan peralihan kepada peralatan dan teknologi domestik moden dan mewujudkan suasana untuk aliran masuk pelaburan,” kata Presiden Rusia itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...