Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rusia dakwa 14 maut, 24 cedera dalam serangan di Hospital Luhansk

    MOSCOW, 29 JAN – Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin mendakwa 14 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam serangan tentera Ukraine ke atas sebuah hospital di wilayah Luhansk yang dikuasai Rusia.

    Kementerian itu mendakwa, serangan dilakukan menggunakan roket HIMARS buatan Amerika Syarikat (AS) dan sengaja menyasarkan infrastruktur awam di Novoaidar.

    “Serangan peluru berpandu yang disengajakan ke atas kemudahan perubatan awam adalah jenayah perang besar.

    “Semua individu yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan jenayah ini akan dijejaki dan diminta bertanggungjawab,” lapor agensi Anadolu memetik kementerian itu.

    Selain hospital, enam kediaman turut rosak terkena serangan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 15 Januari menunjukkan sebuah kereta kebal Ukraine dilihat melalui sebuah kereta berhampiran Kremenna di wilayah Luhansk, Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...