Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peluang berinteraksi dengan JCHS

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Kolej Sains Kesihatan Jerudong Park Medical Centre (JCHS) bakal menyertai Ekspo Maya Pendidikan Tinggi yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Februari depan.

    JCHS dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa semasa ekspo itu, orang ramai akan berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka melalui sembang langsung (live chat), sesi webinar dan persidangan video.

    Selain itu, siaran langsung sesi webinar akan diadakan pada 15 Februari bermula 9:50 pagi hingga 10:20 pagi; dan 11:10 pagi hingga 11:40 pagi di mana antara topik yang dibentangkan dan dibincangkan ialah ‘Profesion Kejururawatan: Persediaan Akademik Kerjaya Penjagaan Kesihatan’ dan ‘Perspektif dan Peluang Kerjaya Masing-masing dalam Mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan’

    Pemohon dan orang ramai turut dialu-alukan untuk menyertai sesi persidangan video one-on-one pada 15 Februari untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai kemasukan dan pendaftaran pelajar di JCHS.

    Ditubuhkan pada 20 Julai 2022, JCHS merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang ditubuhkan sebagai usaha sama antara JPMC dan Far Eastern University, Filipina untuk melahirkan pemimpin yang mempromosikan dan mengejar kecemerlangan dalam pendidikan sains kesihatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, penjagaan belas kasihan, penyelidikan kesihatan dan pembelajaran sepanjang hayat.

    Dengan berpandukan nilai terasnya iaitu kecemerlangan, tekad pemedulian, berorientasikan penyelidikan dan ketekunan, visi JCHS adalah untuk melahirkan pemimpin  yang terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan untuk meningkatkan taraf kehidupan individu dan komuniti melalui pendidikan dan penjagaan kesihatan yang inovatif.

    JCHS kini menawarkan dua program iaitu Kursus Asas Sains dan Sarjana Muda Sains dalam Kejururawatan (BSN).

    Kemasukan dan pendaftaran bagi kedua-dua program berkenaan telah pun diadakan pada 13 Disember lalu bagi pengambilan 2023.

    Antara pelajar Kursus Asas Sains ketika sedang mengambil peperiksaan praktikal dalam anatomi dan fisiologi. – Gambar serahan JCHS
    Sebagai sebahagian daripada aktiviti kesejahteraan dan rekreasi, pemimpin penjagaan kesihatan masa depan, beberapa aktiviti membina pasukan dan kemahiran komunikasi yang menyeronokkan turut dilaksanakan oleh para pelajar JCHS.
    Para pelajar menghadiri Bengkel ‘Student-Leader x Student Congress’.
    Antara pelajar Foundation in Science ketika sedang mengambil peperiksaan praktikal dalam anatomi dan fisiologi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...