Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rusia-Indonesia meterai perjanjian ekstradisi untuk perangi jenayah

    DENPASAR, INDONESIA, 31 MAC – Indonesia dan Rusia hari ini telah menandatangani perjanjian ekstradisi yang mereka katakan akan membantu memerangi jenayah rentas negara dan menjadi titik perubahan dalam hubungan mereka.

    Perjanjian itu – perjanjian ekstradisi pertama Indonesia dengan negara Eropah – ditandatangani oleh Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly dan Menteri Kehakiman Rusia, Konstantin Chuychenko.

    Chuycenko berkata perjanjian itu adalah kunci untuk membawa hubungan dua hala bergerak ke hadapan.

    “Dengan penandatanganan perjanjian ini, kami kini mempunyai asas undang-undang untuk kerjasama kami dalam bidang memerangi jenayah dan ini akan menjadi sistematik dan produktif pada masa hadapan,” kata Chuychenko selepas majlis menandatangani perjanjian di pulau peranginan Bali.

    Beribu-ribu rakyat Rusia dan Ukraine telah melarikan diri ke Bali sejak Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari 2022. Warga Rusia merupakan kumpulan kedua terbesar pelawat ke Bali tahun lepas selepas warga Australia, dan jumlah mereka diramalkan akan terus meningkat. – AP

    Yasonna Laoly (kanan) bercakap dengan Konstantin Chuychenko ketika mereka menandatangani perjanjian ekstradisi di Nusa Dua, Bali, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...