Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ruud julang Piala Terbuka Argentina

    BUENOS AIRES, 14 FEB – Casper Ruud dari Norway menewaskan pemain pilihan tuan rumah, Diego Schwartzman 5-7, 6-2, 6-3 kelmarin untuk memenangi Terbuka Argentina keduanya.

    “Rasanya amat hebat untuk memiliki trofi kembali semula di tangan saya,” kata Ruud, yang merupakan pilihan utama kejohanan dan memenangi gelaran pertama daripada enam kejuaraan profesionalnya pada Terbuka Argentina 2020. Ruud adalah pemaing nombor lapan dalam ranking dunia.

    Kira-kira 5,000 peminat datang ke gelanggang untuk menyokong Schwartzman, seorang warga Argentina yang menduduki ranking ke-15 dunia dan memenangi Terbuka Argentina tahun lalu.

    Schwartzman mengatasi Ruud untuk memenangi set pertama. Tetapi kekuatan dan ketajaman permainan Ruud berjaya mengatasi set kedua. Perlawanan itu berlangsung selama 2 jam 34 minit dalam cuaca panas.

    Warga Norway berusia 23 tahun itu tidak pernah tewas di Kelab Tenis Lawn Buenos Aires, memegang rekod 9 kemenangan dan tiada kekalahan.

    Ruud menewaskan pemain Sepanyol, Roberto Carballés Baena dan pemain Argentina, Federico Coria dan Federico Delbonis untuk mara ke final.

    Schwartzman menewaskan Jaume Munar dari Sepanyol, Francisco Cerundolo dari Argentina dan Sonego dari Itali untuk bermain dalam perlawanan penentuan di Buenos Aires. – AP

    Reaksi Casper Ruud menjulang trofi meraikan kemenangan setelah menewaskan Diego Schwartzman dalam final Terbuka Argentian kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...