Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Saifuddin adakan pertemuan dengan menteri luar NUG Myanmar

    KUALA LUMPUR, 15 MEI – Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Sabtu mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Menteri Luar Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Zin Mar Aung di Washington D.C.

    Saifuddin berkata melalui Twitter bahawa beliau menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Myanmar dan bersedia berusaha ke arah memulihkan keamanan serta demokrasi di negara itu.

    “Kami mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar, Zin berkongsi pandangan serta cabaran dihadapi NUG, termasuk bantuan kemanusiaan, latihan teknikal dan pendidikan untuk pelarian Myanmar,” katanya.

    Saifuddin sebelum ini mengulangi pendirian Malaysia bahawa Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar harus melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk wakil dari NUG Myanmar dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC).

    Beliau membuat gesaan itu pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN pada Khamis di Washington D.C. yang diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-AS pada 12 hingga 13 Mei. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...