Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sarawak bina pusat konvensyen di Kuching dan Miri

    KUCHING, 17 OGOS – Sarawak akan membina dua lagi pusat konvensyen di bandar raya ini dan Miri, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Beliau berkata pusat konvensyen di bandar raya ini akan dibina di kawasan bersebelahan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) manakala lokasi pusat konvensyen baharu di Miri masih belum ditentukan.

    “Pelan akhir mengenai reka bentuknya akan diketahui selepas diluluskan Kerajaan Sarawak,” katanya dalam sidang media penganjuran Kuching Marathon 2022 di sini hari ini.

    Abdul Karim berkata pusat konvensyen di bandar raya ini berkemungkinan bersaiz dua kali ganda lebih besar berbanding BCCK.

    “Melihat kepada acara konvensyen yang dianjurkan di BCCK, (kita dapati BCCK) sudah tidak cukup untuk menampung program-program lebih besar yang hendak kita adakan. 

    “Sekiranya boleh kita mahu pembinaannya (pusat konvensyen baharu di Kuching) dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...