Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Satelit China nyaris berlanggar dengan serpihan peluru berpandu Rusia

    BEIJING, 20 JAN – Satelit China nyaris berlanggar dengan salah satu serpihan yang ditinggalkan daripada sisa-sisa ujian peluru berpandu anti-satelit Rusia baru-baru ini, lapor media kerajaan.

    Moscow meletupkan salah satu satelit lamanya pada November dalam ujian peluru berpandu yang mencetuskan kemarahan kerana serpihan angkasa bertaburan sekitar orbit bumi.

    Para pegawai AS menuduh Moscow menjalankan serangan ‘berbahaya dan tidak bertanggungjawab’ yang menghasilkan longgokan sampah dan memaksa kru ISS untuk mengambil tindakan pengelakan.

    Rusia menyangkal kebimbangan tersebut dan menafikan sampah angkasa itu memberi ancaman namun insiden baharu yang berlaku ke atas satelit China itu menggambarkan sebaliknya.

    Dalam kejadian terkini, Satelit Sains Tsinghua China nyaris-nyaris berlanggar dengan serpihan sisa yang jaraknya sekitar 14.5 meter, lapor Global Times milik kerajaan, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...