Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Serangan siber terhadap ICRC, jejas data peribadi 515,000 orang

    GENEVA, 20 JAN – Serangan siber ke atas pelayan komputer pengendali maklumat milik Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menjejaskan data peribadi lebih 515,000 orang, kata ICRC dalam satu kenyataan.

    “Serangan siber yang canggih terhadap pelayan komputer milik ICRC telah dikesan minggu ini,” kata ICRC, menurut Sputnik.

    “Serangan itu menjejaskan data peribadi dan maklumat sulit lebih 515,000 orang, termasuk mereka yang terpisah daripada keluarga akibat konflik, penghijrahan dan bencana, senarai orang hilang serta orang dalam tahanan.

    Data itu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 60 Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

    ICRC berkata kebimbangan akibat daripada serangan itu termasuk risiko pendedahan maklumat sulit terhadap golongan yang harus dilindungi pihaknya.

    “Serangan ke atas data orang hilang akan mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan keluarga lebih sukar ditanggung,” kata ICRC. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...