Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Saya tak rasa dibadutkan – DJ Lin

    Tampil dengan imej yang lebih vibrant dan berbeza dalam drama pendek, Suami Raya, penyampai radio Suria FM, DJ Lin menerima segala kritikan warganet dengan hati yang terbuka.

    Menurut DJ Lin, setiap orang mempunyai citarasa sendiri lebih-lebih lagi dalam soal pemilihan fesyen.

    “Saya tidak melihat sosial media tapi saya dimaklumkan oleh staf, rakan-rakan media dan kelab peminat. Orang ramai boleh menaksirkan apa sahaja.

    “Dalam suka, ada orang juga tidak suka. Saya tidak berkecil atau terasa hati,” katanya kepada MH.

    Pada masa sama, DJ Lin yang juga Pengurus Besar Radio Suria FM memaklumkan dirinya tidak mahu membataskan kreativiti anak buahnya yang berhempas-pulas memerah idea.

    DJ Lin tidak mahu membataskan kreativiti anak buahnya. – Media Hiburan

    “Apa yang saya lakukan, saya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh anak-anak buah saya di team digital Suria FM. Saya kena hormat kerana ini idea dan hasil kerja mereka.

    “Saya tak boleh nak kata tidak bila mereka mengarahkan saya untuk mengenakan sesuatu fesyen. Kalau kita persoalkan, itu bermakna kita membataskan kerja mereka.

    “Sebelum mereka nak mengarahkan sesuatu, mereka sudahpun membuat persiapan rapi. Banyak mesyuarat yang telah diadakan.

    “Takkanlah kita nak semudah-mudahnya menolak. Sia-sialah kerja mereka. Buat apa diadakan team tersebut kalau kita tak nak dengar,” ujarnya lagi.

    Dalam pada itu, DJ Lin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya telah diperkotak-katikkan oleh anak-anak buahnya.

    “Saya tak rasa dibadutkan. Itu hanyalah sebuah karakter dan saya menjiwainya. Mungkin itu adalah imaginasi team digital kami.

    “Saya rasa okay sahaja. Saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Mereka tentukan pakaian saya sepenuhnya.

    “Saya memang jenis yang boleh menerima arahan. Sejak dahulu lagi begitu. Ada masa kita boleh tegas dan memimpin. Ada ketika, kita kena hormat”. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...