Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Schalke kembali ke Bundesliga

    BERLIN, 8 MEI – Penyerang Uruguay Rodrigo Zalazar meledak gol kemenangan lewat di luar palang apabila Schalke bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan St Pauli 3-2 dan memenangi kelayakan semula ke Bundesliga kelmarin.

    Zalazar mengubah suasana Arena Veltins Gelsenkirchen menjadi riuh-rendah apabila dia menjaringkan gol menentang bekas kelab Pauli untuk melengkapkan kebangkitan dramatik dan mengembalikan Schalke ke kedudukan liga teratas. Schalke yang memiliki dua mata di hadapan di divisyen kedua Jerman, memerlukan kemenangan untuk memastikan kelayakan dengan satu perlawanan berbaki di hadapan penyokong mereka sendiri apabila sepak mula.

    Mereka nampaknya kecewa apabila Igor Matanovic menjaringkan dua gol awal untuk meletakkan pasukan pelawat 2-0 selepas hanya 17 minit masa perlawanan bermula. Tuan rumah bangkit pada separuh masa kedua, bagaimanapun, dengan Simon Terodde terlebih dahulu menyempurnakan sepakan penalti dan kemudian mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan untuk menyamakan kedudukan pasukannya.

    Pemain St Pauli, Marcel Beifus terlepas peluang keemasan untuk memulihkan kedudukan sebelum jaringan cemerlang Zalazar melengkapkan kebangkitan utama untuk membawa kegembiraan kepada 60,000 penyokong Schalke. – AFP

    Aksi Thomas Ouwejan dari Schalke mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Bundesliga divisyen dua Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...