EDINBURGH, 28 MAC – Parlimen Scotland bersedia untuk mengesahkan Humza Yousaf sebagai menteri pertama yang baharu hari ini, selepas beliau menang tipis pertandingan untuk menggantikan Nicola Sturgeon sebagai ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP).
Yousaf menewaskan dua pesaing SNP kelmarin untuk merangkul jawatan tertinggi parti itu, berikrar untuk menghidupkan semula usahanya untuk mencapai kemerdekaan Scotland.
Lelaki berusia 37 tahun itu akan menjadi menteri pertama termuda sejak reformasi penurunan kuasa mewujudkan parlimen Scotland pada 1999, dan pemimpin Islam pertama parti utama UK.
“Kita semua harus berbangga kerana hari ini kami telah menghantar mesej yang jelas bahawa warna kulit awda, atau kepercayaan awda, bukan penghalang untuk memimpin negara yang kita semua gelar rumah,” kata Yousaf dalam ucapan kemenangannya.
Berjanji untuk menjadi pemimpin untuk seluruh Scotland, dia berikrar untuk memulakan gerakan yang akan memastikan usaha untuk mencapai kemerdekaan.
“Kami akan menjadi generasi yang memberikan kemerdekaan untuk Scotland.”
Ahli parlimen Scotland akan mengundi untuk mengesahkan menteri pertama baharu hari ini, dengan Yousaf pasti untuk menggantikan Sturgeon memandangkan SNP adalah parti terbesar dalam perhimpunan peralihan kuasa tersebut.
Beberapa jam sebelum pengundian, Sturgeon menghantar surat rasmi peletakan jawatannya kepada Raja Charles III, dan meninggalkan kediaman rasmi menteri pertama di Edinburgh.
Yousaf akan mengangkat sumpah sebagai menteri pertama dalam satu majlis esok, berikutan memperolehi kelulusan rasmi daripada raja – yang mahu menyingkirkan Sturgeon untuk melantik seorang ketua negara yang dipilih untuk Scotland. – AFP
