Sejarah gemilang 50 tahun

    24

     

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Dengan matlamat untuk menyediakan sumber rujukan kepada para sarjana dan orang ramai dalam mengkaji dan memahami perkembangan dan pencapaian Negara Brunei Darussalam dari perspektif sejarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menerbitkan Buku ‘Kegemilangan Pemerintahan: Kumpulan Artikel Sempena Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari Tahun 1967 hingga 2017’.

    Sehubungan itu, pelancaran buku berkenaan telah diadakan di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah, pagi tadi di mana hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelancarannya ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    Artikel sebelum iniPresiden DPPMB terima pengiktirafan
    Artikel seterusnyaJepun, China tingkatkan kerjasama