Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sekatan COVID di China jejas bekalan iPhone

    BEIJING, 7 NOV – Apple mengingatkan para pelanggan akan berdepan masa menunggu yang lebih lama untuk mendapatkan iPhone menjelangnya musim percutian tidak lama lagi, selepas sekatan COVID di China ‘menjejas sementara’ pengeluaran produk itu di kilang pemasangan terbesar telefon pintar dunia.

    Foxconn, subkontraktor utama Apple, menutup kilangnya di Zhengzhou pada bulan lalu selepas jangkitan meningkat – sejajar dengan dasar sifar COVID di China.

    Dalam kenyataan berasingan hari ini, firma Taiwan itu berkata pendapatan suku keempatnya pada tahun ini akan terjejas akibat sekatan koronavirus.

    Pekerja yang panik pada minggu lalu telah meninggalkan premis berikutan dakwaan keadaan teruk di kilang, yang menggaji ratusan ribu pekerja.

    “Sekatan COVID telah menjejas buat sementara waktu kilang pemasangan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang terletak di Zhengzhou, China,” kata kenyataan Apple yang berpangkalan di California lewat semalam.

    “Kilang itu kini beroperasi pada kapasiti rendah.”

    Meskipun permintaan kukuh terhadap produk Apple sebelum musim cuti, ‘kini kami menjangka penghantaran iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max yang lebih rendah,’ katanya.

    “Pelanggan akan mengalami masa menunggu yang lebih lama untuk menerima produk baharu mereka.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dipamerkan pada acara Apple di Apple Park, Cupertino, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...