Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Sekatan jejas pertumbuhan ekonomi China

    BEIJING, 17 APRIL – Kos meningkat berpunca daripada dasar COVID sifar mengancam menjejas sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Beijing, kata penganalisis, ketika rantaian bekalan terganggu, pelabuhan berdepan penangguhan dan Shanghai masih dikenakan sekatan.

    Pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia telah pun menjadi perlahan pada separuh tahun kedua tahun lalu dengan pasaran harta tanah meleset, mendorong penggubal undang-undang menetapkan sasaran KDNK tahunan paling rendah mereka dalam beberapa dekad untuk 2022.

    Namun penganalisis memberitahu AFP angka 5.5 peratus akan sukar dicapai dengan arahan tinggal di rumah menghentikan pengeluaran dan menjejas perbelanjaan pengguna di bandar utama.

    Pakar daripada 12 institusi kewangan yang ditinjau AFP meramalkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5 peratus untuk tahun penuh.

    Mereka menjangka angka 4.3 peratus untuk suku pertama, melebihi 4 peratus yang dicatat dalam tiga bulan sebelumnya.

    Data suku pertama akan disiarkan esok.

    “Ekonomi China menyaksikan permulaan yang baik pada Januari dan Februari dengan sekatan tenaga minyak berkurangan, pemulihan permintaan domestik, perangsang fiskal dan eksport yang kukuh,” kata Gene Ma, ketua penyelidikan China di Institut Kewangan Antarabangsa.

    Namun peningkatan kes virus pada Mac dan sekatan telah ‘menjejas teruk rantauan bekalan dan aktiviti perindustrian,’ tambahnya.

    Penganalisis meramalkan wabak COVID akan mengurangkan keuntungan yang dicatat awal tahun ini. – AP

    Penduduk berjalan di sebuah kompleks membeli-belah di Beijing pada 16 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...