Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sekolah terima sumbangan anak pokok, buku panduan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Sebanyak 30 pohon anak pokok dan 18 buah buku panduan ‘Environment Education Tour’ telah disumbangkan kepada Sekolah Menengah Berakas, hari ini.

    Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah sekolah menengah yang tersenarai untuk menerima sumbangan anak-anak pokok dan buku panduan tersebut.

    Sumbangan anak-anak pokok dan buku panduan dari Mitsubishi Corporation telah disampaikan oleh wakil Green Brunei kepada Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Zaliha binti Haji Metussin dan pengagihannya telah diungkayahkan oleh Jabatan Geografi Sekolah Menengah Berakas.

    Antara objektif sumbangan ini adalah untuk menyokong inisiatif Protokol Hijau dan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

    Anak-anak pokok dan buku panduan diserahkan kepada Dayang Zaliha di Sekolah Menengah Berakas, kelmarin. – Gambar serahan Sekolah Menengah Berakas
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...