Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Sektor pelancongan dorong transformasi digital untuk pertumbuhan masa depan

    HANOI, 1 SEPT – Transformasi digital semasa pasca COVID amat penting bagi sektor pelancongan beroperasi optimum, mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kecekapan dan menarik lebih ramai pengunjung.

    Menurut Persatuan Pelancongan Vietnam, carian maklumat pelancongan di Vietnam dalam talian melonjak lebih 32 kali ganda dari 2015 hingga 2019. Ia mencatatkan sehingga 88 peratus pengembara domestik yang mencari maklumat di Internet, dan terdapat lebih 5 juta carian dalam Bahasa Vietnam untuk produk pelancongan setiap bulan, lapor Agensi Berita Vietnam.

    Bagaimanapun, keberkesanan transformasi digital dalam syarikat pelancongan Vietnam kekal sederhana dalam tempoh itu, berikutan sehingga 80 peratus daripada pasaran pelancongan dalam talian domestik dipegang oleh ejen pelancongan dalam talian (OTA) asing seperti Agoda.com, Booking.com, Traveloka. com dan Expedia.com.

    OTA tempatan seperti Vinabooking.vn, Chudu24.com, Ivivu.com, VNTrip, Mytour.vn dan Gotadi hanya membentuk 20 peratus dengan bilangan transaksi yang terhad.

    Pengasas Gotadi – penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian, Ngo Minh Duc berkata jika ingin memperoleh kedudukan kukuh dalam pasaran domestik, perniagaan harus menguasai teknologi maklumat, seperti dilakukan firmanya yang melabur dalam platform OTA.

    Khususnya, selepas pandemik, kebanyakan pengguna mula beralih ke platform dalam talian. Menunjukkan sudah tiba masanya untuk perniagaan pelancongan bersaing di alam siber, berbanding akses pelanggan kepada tiket, lawatan dan tempahan bilik, tambahnya.

    Trend baharu itu juga mencerminkan kecekapan perniagaan, kata Pengerusi Persatuan Pelancongan Vietnam Vu The Binh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...