KYIV, UKRAINE, 4 JUN – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata hari ini bahawa perang Rusia kini memasuki bulan ke-16 telah membunuh sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak Ukraine.
Zelenskyy memberikan angka tersebut beberapa jam selepas pekerja penyelamat menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang maut dalam salah satu serangan terbaharu Rusia.
Presiden berkata dalam satu kenyataan bahawa “senjata dan kebencian Rusia, yang terus meragut dan memusnahkan nyawa kanak-kanak Ukraine setiap hari,” membunuh ratusan yang telah terkorban sejak pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari 2022. – AP
