Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Selangor sasar transaksi RM1 bilion daripada SAS 2022

    SUBANG, 9 SEPT – Kerajaan negeri Selangor jangka akan memperoleh potensi transaksi RM1 bilion melalui 24 memorandum persefahaman dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan pesawat elektrik, semasa Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022.

    Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata SAS tahun lalu menyaksikan 13 MoU bernilai RM100 juta ditandatangani.

    “Setakat ini, sebanyak RM800 juta transaksi telah dimeterai dan kami berharap pada akhir acara itu, angka itu akan mencecah RM1 bilion,” katanya kepada pemberita semasa acara itu di sini hari ini.

    SAS 2022 yang berlangsung selama tiga hari itu disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Kerajaan sedar cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan dan sedang mencari jalan untuk membantu industri menanganinya, kata Tengku Zafrul.

    “Kerajaan sedang berusaha untuk menangani isu ini,” katanya dalam ucapannya di SAS 2022.

    Acara itu dianjurkan Invest Selangor sebagai platform rangkaian untuk pemain industri aeroangkasa, terutamanya peneraju perniagaan serta penerbangan am, memperkasakan semula perniagaan mereka di rantau ini.

    Acara kali ini telah menarik perwakilan tempatan serta pemain antarabangsa dari Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Brazil, Kanada, Perancis, Switzerland, Republik Czech, Nigeria, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Teng berkata SAS 2022 menempatkan 40 pameran pesawat statik, sambil menambah 64 pempamer telah mengambil bahagian dalam acara itu tahun ini.

    Acara tahunan itu akan dibuka kepada umum pada hari ketiga secara percuma, dengan seramai 10,000 orang pengunjung telah mendaftar setakat pagi ini. – Bernama

    Raja Muda Selangor berkenan bergambar selepas perasmian Selangor Aviation Show 2022 (SAS) di Skypark Regional Aviation Centre (RAC). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...