Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penduduk HK ratapi pemergian ‘boss lady’

    HONG KONG, 9 SEPT – Ramai penduduk Hong Kong hari ini menggunakan media sosial untuk meratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II, yang digelar ‘boss lady’ di kalangan penduduk yang berusia di bandar yang merupakan jajahan terakhir Britain.

    Ratu Elizabeth II mengunjungi Hong Kong dua kali semasa pemerintahan Baginda, manakala anak lelakinya, kini Raja Charles III, menghadiri penyerahan Hong Kong kepada China pada 1997.

    “Nenek yang membesarkan saya selalu bercerita mengenai ‘boss lady’, saya banyak mendengar mengenai Ratu Elizabeth II sehingga menganggap Baginda seperti keluarga. Hari ini terasa seperti kehilangan ahli keluarga,” tulis seorang pengguna Facebook, Vincent Lam.

    “Ia adalah penghujung era. Terima kasih atas pengabdian Baginda sepanjang hayat,” menurut satu hantaran di Facebook yang meraih hampir 4,000 tanda suka beberapa jam selepas kemangkatan Baginda, yang tersebar semalaman di bandar itu.

    Britain menyaksikan dua gelombang utama imigrasi Hong Kong sejak beberapa dekad kebelakangan, yang pertama menjelang penyerahan semula dan kedua dalam tempoh dua tahun lalu apabila China bertindak tegas terhadap perbezaan pendapat politik. – AFP

    Seorang penduduk Hong Kong meletakkan bunga dan gambar Ratu Elizabeth II di luar Konsulat Britain di Hong Kong, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...