Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Seorang lagi pemain Tabuan Muda positif COVID-19

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Seorang anggota pasukan kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) Brunei Darussalam yang kini berada di Phnom Penh, Kemboja untuk Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) telah diuji positif COVID-19, menurut Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), kelmarin.

    Kes terbaharu itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tiga kes aktif.

    Kes positif baharu itu disahkan melalui ujian PCR dan dibawa ke Pusat Penjagaan COVID-19.

    Badan induk bola sepak kebangsaan juga mengemas kini keadaan kes aktif semasa, di mana mereka tidak menunjukkan sebarang gejala dan dalam keadaan stabil untuk pemulihan penuh.

    FABD dalam satu kenyataan juga menambah bahawa semua pemain dan pegawai lain diuji negatif melalui ujian ART rutin.

    FABD memberi jaminan, “Walaupun menghadapi situasi tersebut, pegawai dan pemain dilihat memberikan yang terbaik dan ia tidak akan melemahkan semangat mereka.”

    FABD seterusnya menambah bahawa keadaan kini terkawal dengan sokongan padu penganjur, doktor pasukan serta Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kemboja.

    Para pemain B-23 dan pegawai itu telah melaksanakan prosedur operasi standardnya sendiri terhadap jangkitan COVID-19, dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kemboja.

    Pasukan ini juga berada dalam kawasan terkawal di mana pergerakan hanya terhad kepada tingkat hotel yang ditetapkan, dewan makan yang ditetapkan, tempat latihan dan stadium.

    Kenyataan itu menyimpulkan bahawa ibu bapa dan ahli keluarga terdekat pemain dan pegawai sentiasa diberikan kemas kini mengenai status kesihatan mereka.

    Kejohanan AFF B-23 telah pun dihimpit dengan penarikan diri pasukan Indonesia dan Myanmar selepas beberapa pemain dijangkiti virus tersebut.

    Kemunculan pasukan kebangsaan B-23 di Kemboja menandakan penyertaan pertama pasukan bola sepak negara dalam kejohanan di luar negara sejak bermulanya pandemik tersebut.

    Tabuan Muda menamatkan kempen peringkat kumpulan menentang Filipina hari ini, mengakhiri pertemuan bola sepak mereka selama 12 hari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...