Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Seorang rakyat Palestin maut ditembak

    RAMALLAH, PALESTIN, 13 APRIL – Seorang lelaki Palestin maut akibat terkena tembakan ketika pertempuran di Tebing Barat hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

    Muhammad Hassan Assaf, 34, maut selepas ditembak di dada oleh tentera Israel di bandar Nablus, lapor Agensi Anadolu.

    Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April susulan Israel menjalankan serbuan dengan alasan menahan rakyat Palestin yang ‘dikehendaki.’

    Sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan di Tebing Barat pada bulan lepas. – Bernama

    Seorang pemuda Palestin bersedih selepas seorang rakannya ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Nablus. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...